BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 11, 2010

Awek Bogel Naik Beca (Penulis: Hussyn)

Ada seorang awek bogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut.

Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut.

Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu berkata "Kenapa tak pernah tengok perempuan bogel ke? ".

Bukan begitu, cik adik. Pakcik cuma tertanya tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan? " jawab tukang beca itu.

Monday, May 10, 2010

Cinta Berputik Tanpa Disedari (Penulis: Iman Wadhihah)

Cinta Berputik Tanpa Disedari

Walaupun pada zaman yang moden ini, masih ada manusia yang mengharapkan cinta sejati tidak kira perempuan atau lelaki, ada yang tidak dan ada yang mengganggap cinta cuma sebuah ‘permainan’. Ini mengisahkan seorang perempuan yang bernama Liyana seorang yang anti lelaki dan Hakim pula yang suka menganggap cinta hanya sebuah ‘permainan’ . Mereka berumur 15 tahun, jadi bermulalah kisah Liyana dan Hakim.
Pada tahun 2010, bermulanya tahun yang baru kepada Liyana dan Hakim. Selepas beberapa hari, mulalah persekolah, ketika sampai di sekolah, Liyana pergi menemui sahabat-sahabat lamanya yang sudah berbulan tidak ditemuinya dan bersama-sama kawannya memasuki kelas yang sama. Ketika mereka mendaftar diri di kelas 3 Anggerik. Seorang demi seorang dipanggil untuk periksa sama ada mereka telah memasuki kelas yang betul atau salah. Selepas nama Liyana disebut. Nama seorang budak lelaki yang tidak dikenalinya disebut ‘Hakim’ lalu Liyana memandang ke belakang untuk melihat budak lelaki itu. Pada ketika itu, mata bertentang mata antara Liyana dan lelaki itu. Cuma mata Liyana penuh dengan kebencian manakala mata lelaki itu penuh mata kenakalan.
Selepas habis semua pelajar dipanggil, kelas pun bermula dan selepas 30 minit, masa guru mengajar pun tamat. Sedang Liyana menunggu guru mata pelajaran akan datang, dia terdengar suara Hakim yang sedang bercakap dengan beberapa murid perempuan dikelas dan memandang ke arah Hakim. Lalu hati Liyana berbisik “ Peh plastiknya, dasar lelaki buaya darat hmph!”, dengus hati Liyana. Tiba-tiba,Liyana ditegur sapa oleh seseorang “ Hai! ”, Liyana tidak serta merta menjawab tetapi toleh ke arah orang yang menegurnya itu. Liyana ternampak sahaja muka Hakim secara automatik mulutnya terbuka, dan berkata “ Alah! Belah la kau! Muka plastic macam kau ni takkan lakunya dekat aku! So boleh jalan lah!” Hakim berjalan seperti biasa dan tidak mengambil kisah langsung apa yang dikatakan oleh Liyana. Sepanjang hari persekolahan Hakim mengganggu Liyana kerana baginya Liyana ini tidak seperti budak perempuan yang lain yang mudah ‘cair’ dengan kata-kata manisnya. Sehabis tamat hari persekolahan, Hakim pulang ke rumahnya. Setelah membersihkan dirinya, dia keluar menemui Haris kawan baiknya lalu menceritakan tentang Liyana. Haris hanya senyap dan dengar sahaja tanpa berkata walau sepatah pun.
Pada keesokkan harinya, Hakim meletakkan sekuntum bunga di meja Liyana dan sedikit nota di tepinya. Beberapa minit selepas itu, Liyana pun memasuki kelas dan ternampak bunga tersebut lalu mengangkat nota kecil itu dan membacanya “ Untuk si gadis cantik rupawan.”. Pada ketika itu juga, Liyana menuju ke arah Hakim dan berkata kepada Hakim “ Awak boleh ambil bunga ni dan kata-kata awak yang ‘menghayat’ hati ni dan jangan perasan saya akan tertipu!” dangan kata-kata yang sinis dilempar kepada Hakim, Hakim terkejut dengan kata-kata Liyana lalu mengambilnya sebagai cabaran buatnya. Pada waktu rehat, Hakim meminta tolong dari beberapa kawan perempuannya untuk meminta nombor Liyana. Betapa untungnya Hakim, dia telah mendapat nombor Liyana daripada salah satu kawan perempuannya dan sebagai pertukaran mereka mendapat nombor Hakim tetapi mereka tidak sedari bahawa nombor itu sebenarnya milik Haris. Setelah menyalin nombor Liyana. Hakim pun memulakan operasi ‘Memikat Hati Liyana’.
Selepas 2 hari, Hakim pun menghantar mesej kepada Liyana. Mesaj pertamanya ialah “Hai , boleh berkenalan tak?”. Selepas beberapa jam, Liyana masih tidak membalas mesej tersebut, Hakim menghantar mesej sekali lagi “ Hello! Balas le tak jawab dosa (=_=;)”. Tiba-tiba, sebuah mesej terpapar di skrin henfon Hakim ‘Anda mempunyai satu mesej’, dengan pantas sekali Hakim melihat skrin telefonnya lalu berkata “Alah rupanya Haris hantar mesej buat penat aje aku tengok”, dengan malas sekali Hakim membuka peti mesej henfonnya lalu membacanya “ Woi! Kenapa banyak budak perempuan mesej aku ni?!”, lalu Hakim membalas “Alah ‘aweks-aweks’ dekat sekolah aku lah, kau mesej aje dengan dia orang, malas aku. Okaylah aku tengah ‘busy’ ni. Bye-bye! ”. Sehabis menghantar mesej kepada Haris, henfon Hakim berbunyi sekali lagi dan terpapar di skrinnya ‘Anda mempunyai satu mesej’. Dengan pantas Hakim mengambil henfonnya dan terlihat nama Liyana di skrin dan cepat-cepat membacanya “Saya tak kenal awak dan tolong jangan ganggu saya lagi(Dasar Lelaki Buaya Darat)”. Hakim mengeluh dan berkata “ Aduh buat penat je aku hantar mesej, membazirkan ‘topup’ aku je”. Hakim cuba dan cuba masih tidak dapat memikat hati Liyana.
Pada suatu hari, Liyana dan Hakim terpaksa balik lewat sedikit kerana hendak mengemas kelas. Tamat hari persekolahan, Hakim pun mula mengemas kelas dan tidak mengganggu Liyana lagi, baginya sudah tidak guna memikat hati Liyana kerana hatinya sangat ‘keras’. Liyana berasa pelik dan berkata dalam hatinya “Peliknya hari ini si Hakim tu tidak kacau saya lagi. Ah! Tak apa la kan lagi bagus macam ni!”. Hari berlalu hari, entah mengapa Liyana merasakan dirinya tidak tenteram dan menanyakan tentang ketidak tenteramnya itu kepada beberapa kawannya, kawannya senyum dan berkata “ Yes! Liyana kau sudah jatuh cinta kepada sang lelaki itu”. Liyana terkejut dan pengsan beberapa hari. Hakim tidak tahu tentang kenapa Liyana tidak menghadiri sekolah, Hakim merasakan hatinya gundah, gelisah dan resah memikirkan Liyana. Ketika tiba dirumah juga, Hakim masih gelisah sehinggakan tidak menyedari kehadiran Haris yang sudah lama menunggunya seperti ‘tunggul kayu’. Kerana kesabaran Haris tidak boleh bersabar lagi, dia pun menegur Hakim lalu menanyanya “Kenapa dengan kau ni, aku tengok macam risau semacam je”, lalu Hakim menceritakan tentang kerisauannya dan Haris ketawa terbahak-bahak dan memberitahu Hakim bahawa dia sedang dilamun cinta, Hakim tidak terkata dan hanya senyap sahaja. Selepas beberapa minit, Haris pun meminta diri untuk pulang. Hakim tinggal di biliknya keseorangan memikirkan kata-kata Haris sebentar tadi dan membuat kesimpulan bahawa mungkin ada benar juga apa yang dikatakan oleh Haris.
Hari berganti hari, Hakim merasakan dia patut memberitahu isi hatinya kepada Liyana, pada ketika itu juga, Liyana pun sedang berfikir sama seperti Hakim. Pada waktu rehat, Hakim memberitahu Liyana untuk bertemunya balik nanti kerana ada perkara penting yang ingin disampaikan kepadanya. Liyana pun bersetuju kerana Liyana berfikir mungkin itu masa yang terbaik untuk memberitahu isi hatinya.
Kedengaran loceng berbunyi, sudah berlalu hari persekolahan. Di satu sudut, Hakim dan Liyana sedang berjumpa. Pada ketika itu, Hakim dengan resah mula membuka mulutnya lalu berkata “Saya sebenarnya sudah jatuh hati kepada awak dan kalau awak menolak, saya tidak kisah kerana saya tahu awak seorang anti terhadap lelaki”, kata-kata Hakim terputus di situ dan sedang menunggu jawapan dari Liyana. Tik tok tik tok dengan resahnya Hakim menunggu jawapan Liyana. Tiba-tiba Liyana berkata “Saya….pun…….telah……jatuh hati……kepada…..awak”. Hakim pun meloncat dengan gembira mulutnya pergi ke telinga Liyana dan berbisik “ I Love U Liyana!”. Liyana pula hanya tersipu malu mendengar perkataan ‘ajaib’ itu.
Selang beberapa hari, Hakim dan Liyana pun mula bercinta tetapi masih menjaga batas mereka.
TAMAT